BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 6, 2013

cinta artis 1

"Again?"
Cermin mata Madam Alicia dilurutkan.  Pelajar di hadapannya dipandang dengan mata yang sengaja 

disepetkan.

Aku tersenyum sahaja. Wajah yang tidak berapa menakutkan Madam Alicia aku pandang dengan selamba. 

Aku menapak ke arah Madam Alicia yang sedang duduk di kerusi kerjanya. Madam ni saja je nak uji 

kesabaran aku.

"Ala aunty..."
Madam Alicia angkat tangan sebagai isyarat supaya aku menghentikan kata-kataku.

"Sorry, Ellya Madonna. Berapa kali saya nak pesan? Dekat sekolah, jangan sekali-kali Elly
panggil saya aunty. Macam mana kalau orang tahu? Bahasa tu tolong formal sikit!" tegur wanita 
          dihadapanku sekarang ini.

Aku yang sedang berdiri terkulat-kulat mendengar teguran tersebut. Dengan bersahaja aku menjawab,

"Ala... Elly pun tak nak orang tahu hubungan istimmewa kita. Itulah, tadi dah elok-elok Elly mintak baik-baik

aunty tak nak dengar."

"ELLY!" 
"Oh mak kau terpelanting!" latahku spontan setelah mendengar Madam Alicia menjerit
memanggil namaku.

Madam Alicia tersenyum kecil. Lawak rasanya dapat mengusik anak gadis di hadapannya ini. Bergegar bilik

pengetua ini dengan jeritannya. Sekali-sekala, seronok juga dapat dengar anak buahnya itu melatah. Ini

tidak, perangai dia dah jadi macam anak jantan dah.


 



.