BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 26, 2013

cinta artis 2

"What? Apa yang mummy maksudkan ni? Mummy, Daniel baru je 20 tahun. Apa yang mummy nak

harapkan daripada Daniel? Menantu? Cucu? Mummy, Daniel ni penyanyi mummy tahu tak? Perkataan

kahwin tu merupakan perkara terakhir yang akan Daniel fikirkan dalam kamus hidup Daniel ni. Mummy

faham tak apa yang Daniel cuba sampaikan ni? Lagipun Daniel dah ada Dayane" Daniel sudah tidak tentu

arah di dalam bilik pejabat LadyMona. Fikirannya kusut dan jiwanya bagaikan sudah terbang meninggalkan

tuannya setelah mendengar berita 'gembira' yang telah disampaikan oleh Lady Mona.


Lady Mona mengerutkan dahinya. "Kenapa Daniel nak bantah cakap mummy? Daniel tahu tak yang mummy

buat macam ni untuk kepentingan keluarga kita bersama? Siapa yang tak bertanggungjawab sekarang ni?

Mummy? Daddy? Oh please, Daniel. Disebabkan kamu lari daripada tanggungjawab untuk mewarisi

syarikatlah mummy buat macam ni. Mummy tak akan ubah fikiran kecuali kamu berjanji dengan mummy

yang kamu akan tinggalkan impian dan cita-cita kamu dan kendalikan syarikat kita. Muktamad! Dayane pun

mummy nak kamu lupakan dia!" Serentak Lady Mona menghabiskan kata-katanya, dia berdiri lalu berlalu

meninggalkan anak terunanya terpinga-pinga duduk di sofa.


Daniel meraup mukanya. "Argh!!!". Tangannya mencapai dompet yang cantik tersadai di atas meja kopi.

Dompet tersebut dibuka, lalu menayangkan gambarnya bersama seorang gadis yang sedang tersenyum.  

Gambar tersebut ditatap dengan perasaan penuh bersalah. "Daniel takkan pernah lupakan Dayane. Bila

 Dayane nak balik? Keadaan sekarang ni dah teruk. Mummy nak pisahkan kita! Baliklah Dayane. Balik

supaya kita boleh pertahankan cinta kita. Hati Daniel sakit setiap kali mummy cakap yang Daniel dan

Dayane tak layak bersama. Mummy tak tahu apa yang kita dah lalui sebelum ni. Kalau mummy tahu, mesti dia sokong hubungan kita sekarang. Dayane..."


Wajah Dayane dalam gambar tersebut diusap perlahan. Sungguh hatinya telah lama mencintai Dayane.

Orang boleh kata yang dia ini gila setiap kali bersama Dayane. Tetapi hakikatnya, dia sangat mencintai

Dayane sampai tahap dia di hadapan Dayane, perangai bajet cool dia akan berubah menjadi

seperti lelaki cuai. Semua benda yang dilakukan olehnya tidak akan menjadi. Semuanya sebab apa?

Semuanya sebab dia sentiasa berdebar-debar apabila berhadapan dengan kekasihnya itu.


Wednesday, February 6, 2013

cinta artis 1

"Again?"
Cermin mata Madam Alicia dilurutkan.  Pelajar di hadapannya dipandang dengan mata yang sengaja 

disepetkan.

Aku tersenyum sahaja. Wajah yang tidak berapa menakutkan Madam Alicia aku pandang dengan selamba. 

Aku menapak ke arah Madam Alicia yang sedang duduk di kerusi kerjanya. Madam ni saja je nak uji 

kesabaran aku.

"Ala aunty..."
Madam Alicia angkat tangan sebagai isyarat supaya aku menghentikan kata-kataku.

"Sorry, Ellya Madonna. Berapa kali saya nak pesan? Dekat sekolah, jangan sekali-kali Elly
panggil saya aunty. Macam mana kalau orang tahu? Bahasa tu tolong formal sikit!" tegur wanita 
          dihadapanku sekarang ini.

Aku yang sedang berdiri terkulat-kulat mendengar teguran tersebut. Dengan bersahaja aku menjawab,

"Ala... Elly pun tak nak orang tahu hubungan istimmewa kita. Itulah, tadi dah elok-elok Elly mintak baik-baik

aunty tak nak dengar."

"ELLY!" 
"Oh mak kau terpelanting!" latahku spontan setelah mendengar Madam Alicia menjerit
memanggil namaku.

Madam Alicia tersenyum kecil. Lawak rasanya dapat mengusik anak gadis di hadapannya ini. Bergegar bilik

pengetua ini dengan jeritannya. Sekali-sekala, seronok juga dapat dengar anak buahnya itu melatah. Ini

tidak, perangai dia dah jadi macam anak jantan dah.


 



.